Harga Duit 2 Ringgit Lama Terkini Malaysia 2025

Desti Susilowati

Harga Duit 2 Ringgit Lama Pernahkah anda terfikir, dengan hanya berbekalkan RM2, anda mampu menjana ribuan Ringgit?

Bunyi macam mustahil, kan?

Tetapi ini bukan sekadar cerita dongeng. Wang kertas RM2 lama kini menjadi buruan ramai kolektor dengan harga yang mampu membuatkan kita ternganga!

Harga RM2 Lama Mencecah Ribuan Ringgit

Di platform jual beli seperti Mudah.my, Facebook, dan Carousell, wang kertas RM2 edisi lama dijual dengan harga serendah RM30 sehelai sehingga mencecah RM50,000! Ya, anda tidak salah baca RM50,000 untuk sehelai wang kertas lama!

Jadi, apa sebenarnya keistimewaan wang kertas ini?

Faktor Keunikan Wang Kertas RM2 Lama

Menurut beberapa penjual, nilai wang kertas RM2 lama ini bergantung kepada:

  1. Wang kertas yang masih kelihatan baru, jelas, dan tidak rosak mempunyai nilai yang lebih tinggi.
  2. Wang ini ditandatangani oleh Tan Sri Dato’ Ahmad Mohd. Don (Gabenor dari 1994-1998). Tandatangan ini membuatkan wang kertas ini lebih istimewa kerana ia dikeluarkan semasa era Wawasan 2020.
  3. Wang kertas RM2 tidak lagi dicetak, menjadikannya barang koleksi yang sangat dicari oleh pengumpul mata wang.

Platform Tempat Jual Beli Duit Lama

Selain di Mudah.my, terdapat juga penjual yang menawarkan koleksi wang kertas lama ini di Facebook (seperti grup Kaki Duit Lama) dan Carousell.

Platform ini menjadi tempat untuk menghubungkan pengumpul dengan penjual yang memiliki koleksi unik.

Menurut beberapa kolektor, harga RM2 dengan tandatangan Gabenor Ahmad Mohd. Don boleh mencecah RM4,000 sehelai dan untuk wang dalam kondisi terbaik, nilainya boleh berganda.

Mengapa Koleksi Wang Kertas RM2 Menjadi Popular?

Mengutip laporan dari RinggitPlus, wang kertas RM2 ini diterbitkan pada tahun 1996 sebagai sebahagian daripada tema Wawasan 2020.

Walaupun wang ini masih sah digunakan, kebanyakan orang lebih suka menyimpannya sebagai koleksi berbanding menggunakannya untuk transaksi harian.

Hobi mengumpul wang kertas lama bukan sahaja memberi kepuasan, tetapi juga membuka peluang untuk mendapatkan pulangan yang lumayan.

Dengan nilai jual setinggi RM50,000, koleksi ini boleh menjadi lebih bernilai daripada gaji tahunan seorang fresh graduate!

Baca Pula : Pembeli Harga Duit Syiling Lama Malaysia

Bagaimana Nak Tahu Jika Anda Punya Duit RM2 yang Bernilai Tinggi?

Untuk memastikan nilai wang kertas RM2 lama anda, perhatikan:

  1. Keadaan fizikal: Tiada lipatan, koyakan, atau kekotoran.
  2. Tandatangan Gabenor: Pastikan ia ditandatangani oleh Tan Sri Ahmad Mohd. Don.
  3. Tahun cetakan: Duit keluaran 1996 biasanya lebih bernilai.

Penutup

Jika anda ada wang kertas RM2 lama yang tersimpan rapi, mungkin inilah masanya untuk menyelongkar kembali dompet lama atau koleksi tersimpan anda. Siapa tahu, mungkin anda sedang memegang ‘harta karun’ yang bernilai puluhan ribu Ringgit!

Jadi, adakah anda salah seorang yang bertuah memiliki wang kertas RM2 edisi lama ini? Jangan lupa berkongsi pengalaman anda di ruangan komen!

Berkongsi:

Tags

Leave a Comment