Harga Perkhidmatan Cuci Rumah – Mengupah perkhidmatan cuci rumah adalah salah satu cara paling mudah untuk memastikan rumah anda sentiasa bersih dan teratur, terutamanya bagi mereka yang mempunyai jadual harian yang padat.
Walaupun begitu, ramai yang masih tertanya-tanya tentang kos sebenar yang perlu dikeluarkan. Adakah ia berbaloi dengan masa dan tenaga yang dijimatkan?
Tak perlu risau kami akan membincangkan harga perkhidmatan cuci rumah di Malaysia, serta bagaimana anda boleh memastikan anda mendapat nilai terbaik untuk wang anda.
Apa yang Termasuk dalam Perkhidmatan Cuci Rumah?
Sebelum kita masuk ke dalam perincian harga, adalah penting untuk mengetahui apa yang sebenarnya termasuk dalam perkhidmatan cuci rumah. Biasanya, perkhidmatan ini melibatkan:
- Penyapu dan mop lantai
- Membersihkan bilik mandi dan tandas
- Mengelap permukaan dapur
- Mengemas ruang tamu dan bilik tidur
- Membuang sampah
- Mencuci tingkap (opsional)
Namun, terdapat juga perkhidmatan tambahan yang mungkin ditawarkan seperti membersihkan karpet, membersihkan peti sejuk, atau bahkan menyeterika pakaian. Perkhidmatan tambahan ini sudah tentu akan menambah kos keseluruhan.
Kelebihan Menggunakan Perkhidmatan Cuci Rumah
1. Masa Lebih Berharga
Dengan jadual kerja yang padat, banyak keluarga memilih perkhidmatan ini untuk menjimatkan masa dan tenaga.
2. Kebersihan Menyeluruh
Pencuci profesional mempunyai pengalaman dalam membersihkan bahagian rumah yang mungkin terlepas pandang seperti sawang di siling atau kotoran pada cermin.
3. Alat Pembersihan Lengkap
Kebanyakan penyedia perkhidmatan membawa peralatan canggih yang mungkin tidak tersedia di rumah anda, memastikan kebersihan lebih menyeluruh.
Baca Pula : Harga Upah Pasang Bumbung Rumah Terkini! Rahsia Jimat
Senarai Harga Perkhidmatan Cuci Rumah Terkini
1. Servis Pembersihan Rumah Harian/Pejabat:
- RM60 untuk sesi 4 jam (1 orang pembersih)
- RM120 untuk sesi 8 jam (1 orang pembersih)
- RM60 untuk sesi 2 jam (2 orang pembersih)
- RM120 untuk sesi 4 jam (2 orang pembersih)
Jenis Pekerjaan Yang Dilakukan:
- Menyapu dan menyedut habuk (vacuum) pada lantai.
- Menyapu sawang.
- Mencuci bilik air dan tandas.
- Mengelap tingkap, pintu gelangsar, dan cermin.
- Mengelap grill pintu dan tingkap.
- Membersihkan dapur serta meja dapur (table top).
- Mengelap perabot, TV, dan rak.
- Mengemas bilik dan katil.
- Membuang sampah.
Caj Tambahan:
RM20 dikenakan jika peralatan pembersihan disediakan oleh pihak perkhidmatan seperti:
- Pembersih lantai
- Pembersih kaca
- Cecair pencuci mangkuk tandas
- Penyapu atau vacuum
- Mop
NOTA: Selepas pekerjaan selesai, pelanggan akan diberikan resit cop syarikat sebagai bukti transaksi.
2. Harga Servis Cuci Rumah Kosong atau Selepas Renovasi
Bagi anda yang baru sahaja membeli rumah, menyewa rumah baru, atau telah siap melakukan renovasi, perkhidmatan cuci rumah kosong juga disediakan di beberapa negeri seperti Kuala Lumpur, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, dan Kedah.
Berikut adalah senarai harga dan butiran perkhidmatan yang ditawarkan:
Servis Move In/Out Cleaning :
- RM200 – Studio, flat, apartment, atau kondo (400-799 kaki persegi).
- RM250 – Apartment atau kondo (800-1199 kaki persegi).
- RM300 – Apartment atau kondo (1200-1499 kaki persegi).
- RM400 – Apartment atau kondo (1500-1799 kaki persegi).
- RM400 – Rumah teres setingkat.
- RM450 – Rumah teres dua tingkat.
- RM500 – Rumah Semi-D setingkat.
- RM550 – Rumah Semi-D dua tingkat.
- RM600 – Banglo setingkat.
- RM700 – Banglo dua tingkat.
Jenis Pekerjaan Untuk Move In/Out Cleaning:
- Mencuci lantai.
- Membersihkan tingkap.
- Mencuci dinding dan dapur.
- Membersihkan tandas dan jubin dinding.
- Mengelap grill dalam rumah.
- Membersihkan kipas dan lampu.
- Membersihkan carporch dan kawasan luar rumah.
- Menanggalkan bekas cat atau simen.
- Membuang sawang dan habuk.
- Polish lantai.
3. Harga Perkhidmatan Cuci Selepas Renovasi
Renovasi rumah memang menyeronokkan, tetapi proses pembersihan selepas itu mungkin sangat melelahkan.
Berikut adalah anggaran harga untuk perkhidmatan pembersihan pasca renovasi:
- RM400 – Studio/Flat/Apartment (400-799 kaki persegi)
- RM450 – Apartment/Kondo (800-1199 kaki persegi)
- RM500 – Apartment/Kondo (1200-1499 kaki persegi)
- RM600 – Apartment/Kondo (1500-1799 kaki persegi)
- RM600 – Rumah Teres Setingkat
- RM650 – Rumah Teres Dua Tingkat
- RM700 – Rumah Semi-D Setingkat
- RM750 – Rumah Semi-D Dua Tingkat
- RM800 – Bungalow Setingkat
- RM900 – Bungalow Dua Tingkat
Baca Pula : Panduan Lengkap Harga Servis Aircond Rumah di Malaysia
Bagaimana untuk Menghubungi Penyedia Perkhidmatan?
Jika anda tinggal di kawasan Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Perak, atau Kedah dan memerlukan perkhidmatan pembersihan rumah, anda boleh hubungi atau WhatsApp di nombor 013-3394835 untuk membuat tempahan atau mendapatkan sebut harga.
Dengan adanya perkhidmatan ini, anda boleh menikmati kebersihan dan keselesaan di rumah tanpa perlu risau tentang masa dan tenaga yang perlu diperuntukkan.