Kos Penghantaran Kereta Ke Semenanjung – Menghantar kereta ke Sabah, Sarawak atau dari Semenanjung memerlukan perancangan yang teliti.
Selain kos, dokumen yang lengkap serta pemilihan kaedah penghantaran juga memainkan peranan penting.
Tidak perlu risau, kerana terdapat pelbagai pilihan servis yang memudahkan urusan ini.
Dokumen Penting untuk Penghantaran
Bagi memastikan kelancaran proses penghantaran, beberapa dokumen perlu disediakan:
- Surat kebenaran bank (Jika kenderaan masih dalam pinjaman bank).
- Salinan geran kenderaan (Sebagai bukti pemilikan yang sah).
- Polisi insurans atau cover note
- Salinan kad pengenalan pemilik
- Pengisytiharan kastam
Penting untuk memastikan semua dokumen ini lengkap bagi mengelakkan sebarang kelewatan atau masalah semasa proses penghantaran.
Kaedah Penghantaran Kenderaan
Terdapat beberapa kaedah penghantaran yang boleh dipilih mengikut keselesaan dan bajet:
- Port to Port – Penghantaran dari satu pelabuhan ke pelabuhan lain. Pilihan paling murah kerana pemilik perlu menghantar dan mengambil sendiri kenderaan di pelabuhan.
- Door to Door – Kenderaan diambil dari lokasi pemilik dan dihantar terus ke destinasi akhir. Lebih mudah tetapi lebih mahal.
- Door to Port – Kenderaan diambil dari lokasi pemilik dan dihantar ke pelabuhan berdekatan.
- Port to Door – Pemilik menghantar kenderaan ke pelabuhan dan syarikat penghantaran akan menguruskan sehingga ke destinasi akhir.
Pilihan bergantung kepada bajet serta keperluan sama ada mahu lebih menjimatkan kos atau mengutamakan keselesaan.
Boleh atau Tidak Membawa Barang dalam Kenderaan?
Secara amnya, membawa barang peribadi dalam kenderaan dibenarkan, tetapi ada syarat tertentu:
- Barang larangan: Bahan mudah terbakar, alat elektronik berharga, barang letupan, serta peralatan elektrik besar seperti peti sejuk dan mesin basuh tidak dibenarkan.
- Barang dibenarkan: Barang peribadi dalam jumlah kecil (maksimum 10kg) yang disusun dengan kemas dalam kotak atau beg.
- Risiko ditanggung sendiri: Syarikat penghantaran tidak bertanggungjawab atas kehilangan atau kerosakan barang di dalam kenderaan.
Untuk lebih selamat, elakkan menyimpan barang berharga dalam kenderaan semasa penghantaran.
Baca Pula : Senarai Kos Pos JNT Semenanjung Malaysia 2025
Kos Penghantaran Kereta Semenanjung

Harga penghantaran bergantung kepada jenis kenderaan dan destinasi. Berikut adalah anggaran kos penghantaran dari Port Klang:
Ke Sabah
Jenis Kenderaan | Kos |
---|---|
Kereta biasa (Myvi, Honda City, dll.) | RM1300 – RM1950 |
MPV, SUV, 4×4, Van | RM1400 – RM2050 |
Motosikal | RM750 |
Ke Sarawak
Jenis Kenderaan | Kos |
Kereta biasa | RM1300 – RM2170 |
MPV, SUV, 4×4, Van | RM1400 – RM2320 |
Motosikal | RM1350 |
Nak Hantar Kereta atau Motosikal ? Sila Wasap Sini |
Kos ke Sarawak sedikit lebih tinggi, terutamanya bagi destinasi seperti Miri dan Mukah yang lebih jauh dari pelabuhan utama.
Kesimpulan
Penghantaran kenderaan ke Sabah dan Sarawak bukanlah satu proses yang rumit, asalkan semua dokumen disediakan dengan lengkap.
Pemilihan kaedah penghantaran yang tepat juga membantu menjimatkan kos dan masa. Untuk lebih selamat, pastikan tiada barang berharga ditinggalkan dalam kenderaan dan pilih perkhidmatan yang dipercayai.
Dengan persediaan yang betul, kenderaan boleh sampai ke destinasi dengan selamat tanpa sebarang masalah.