Harga Syiling Lama 5 Sen – Duit syiling lama sering menjadi buruan pengumpul numismatik kerana nilai sejarah dan keunikan reka bentuknya.
Salah satu yang menarik perhatian ialah duit syiling 5 sen Parlimen Malaysia, yang pernah beredar dari tahun 1967 hingga 1988.
Namun, bukan semua tahun mempunyai edaran, menjadikannya lebih eksklusif dan bernilai dalam dunia pengumpulan.
Reka Bentuk & Keunikan Duit Syiling 5 Sen Parlimen

Setiap helaian duit syiling ini menampilkan reka bentuk khas yang menggambarkan identiti negara.
Bahagian belakang memaparkan denominasi 5 SEN yang dikelilingi oleh bunga raya, simbol kebangsaan Malaysia. Di bahagian atas, tertera perkataan MALAYSIA manakala tahun pengeluaran pula berada di bawah.
Bahagian hadapan pula menampilkan bangunan Parlimen, bulan sabit, dan bintang berbucu 13 yang diambil daripada bendera Malaysia.
Reka bentuk ini bukan sekadar estetik tetapi juga melambangkan sistem demokrasi dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam dengan 13 negeri yang bersatu.
Menariknya, duit syiling ini direka oleh Geoffrey Colley dan kebiasaannya terdapat ukiran “GC” di bahagian bawah bangunan Parlimen. Namun, ada juga versi tanpa ukiran ini akibat masalah teknikal ketika proses penempaan.
Spesifikasi Teknikal Syiling 5 Sen Parlimen
- Diameter: 16.2 mm
- Berat: 1.41 gm
- Komposisi: Copper-Nickel
- Bahagian sisi: Milled
- Ditempa di: Royal Mint, UK & Kilang Wang Shah Alam
Senarai Tahun Keluaran & Mintage
Walaupun diperkenalkan sejak 1967, terdapat beberapa tahun tertentu yang tidak mempunyai pengeluaran. Berikut adalah jumlah edaran bagi setiap tahun:
Tahun | Jumlah Mintage (pcs) |
---|---|
1967 | 75,464,000 |
1968 | 74,536,000 |
1969 | Tidak dikeluarkan |
1970 | Tidak dikeluarkan |
1971 | 16,657,712 |
1972 | Tidak dikeluarkan |
1973 | 102,942,305 |
1974 | Tidak dikeluarkan |
1975 | Tidak dikeluarkan |
1976 | 65,658,870 |
1977 | 10,609,162 |
1978 | 50,044,123 |
1979 | 38,823,711 |
1980 | 33,893,481 |
1981 | 51,490,263 |
1982 | 118,593,833 |
1983 | Tidak dikeluarkan |
1984 | Tidak dikeluarkan |
1985 | 15,553,101 |
1986 | Tidak dikeluarkan |
1987 | 16,723,327 |
1988 | 26,788,183 |
Tahun tanpa pengeluaran: 1969, 1970, 1972, 1974, 1975, 1983, 1984, 1986
Berdasarkan jumlah edaran, syiling tahun 1977 merupakan antara yang paling sukar ditemui kerana hanya sekitar 10 juta keping ditempa.
Manakala tahun 1982 mencatatkan jumlah tertinggi dengan lebih 118 juta keping.
Baca Pula : Harga Duit 10 Ringgit Lama di Tahun 2025
Misteri Syiling 5 Sen 1982 Extra Dot
Salah satu varian yang sering menjadi bualan ialah harga duit syiling 5 sen 1982 Extra Dot dan harga duit syiling 5 sen 2009. Ciri unik ini dikatakan berpunca daripada kecacatan dalam proses penempaan, di mana terdapat titik tambahan yang muncul secara tidak sengaja.
Kesilapan seperti ini sering meningkatkan nilai sesuatu syiling, lebih-lebih lagi jika jumlahnya sangat terhad.
Selain itu, duit syiling yang tidak mempunyai ukiran GC juga mendapat perhatian para pengumpul kerana dianggap sebagai kesilapan pengeluaran yang menarik.
Adakah Duit Syiling Ini Bernilai Tinggi?
Nilai sesuatu syiling ditentukan oleh beberapa faktor seperti tahun keluaran, jumlah edaran, keadaan fizikal (grading), dan keunikan reka bentuk.
Syiling dengan edaran rendah atau mempunyai kecacatan tempa seperti Extra Dot 1982 selalunya lebih bernilai di pasaran koleksi.
Bagi yang memiliki syiling ini, mungkin berbaloi untuk menyemak dengan pakar numismatik atau melihat harga di pasaran lelongan bagi mendapatkan gambaran nilai semasanya.
Mengumpul duit syiling bukan sekadar hobi, tetapi juga satu bentuk pelaburan yang boleh membawa pulangan lumayan.
Setiap helaian syiling menyimpan kisah dan sejarah tersendiri, menjadikannya lebih dari sekadar sekeping logam biasa. Jika ada syiling 5 sen lama tersimpan di rumah, siapa tahu, mungkin nilainya jauh lebih tinggi daripada yang disangka!